Maklum Balas Pilihan
Tarikan Komersial Kampong Bharu
Pada hemat saya, tarikan komersial Kg Baru akan meningkat dangan sendirinya sekiranya pihak berkuasa menaiktarafkan jalan-jalan tertentu di Kg Baru agar ‘accessibility’ dan ‘connectivity’ menjadi lebih baik setaraf dengan tempat-tempat lain di Kuala Lumpur. (sila lihat pautan Laman Web).
Setelah disempurnakan prasarana asas atau ‘basic infrastructure’ di Kg Baru, kuasa pasaran Melayu atau ‘Malay market force’ akan bertindak untuk memanafaatkan tarikan komersial Kg Baru.
Kuasa membeli orang Melayu mampu memindahkan tarikan komersial Jalan Masjid India dan mungkin juga Bukit Bintang ke kawasan Kg Baru. Pemilik gedung perniagaan Melayu seperti Jakel Textile dan lainnya dijangkakan akan tertarik untuk berhijrah ke Kg Baru.
Apabila tarikan komersial meningkat, nilai hartanah dan kadar pajakan hartanah akan juga meningkat dan ini akan memberi keuntungan kepada pemilik tanah di Kg Baru.
Sekian wassalam.




